Wednesday, March 16, 2011

Majalah Edaran Sabily Isu 001 dilancarkan.

Alhamdulillah, akhirnya majalah Edaran Sabily Isu pertama telah berjaya disiapkan dan dilancarkan pada hari ini, 16 Mac 2011. Sebarang komen dan kritikan sedia dipertimbangkan untuk isu-isu yang akan datang. Anda boleh mendapatkannya dengan memuat turun dari link ini ataupun link ini. Terima kasih juga atas kesabaran menunggu pelancarannya.
Buat setakat ini, hanya versi pdf yang dilancarkan. Jika anda berminat untuk membuat atau mendapatkan versi cetakan, boleh menghubungi edaransabily@gmail untuk sebarang pertanyaan.

10 comments:

  1. bagus betullah usaha korang ni..Allah je yg membalasnya...kip going..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, Allah beri masa untuk kami melakukannya. Namun banyak lagi yang perlu kami pelajari memandangkan kami baru saja di isu yang pertama. Terima Kasih atas sokongan dari saudara sekelian.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...
    Sekadar ingin memberi pendapat. Pemilihan warna fonts dan latar belakang pada ms 8 dan 15 amat sukar dibaca oleh saya kerana masalah buta warna. Mohon kekurangan insan seperti saya di ambil kira dalam menghasilkan karya ini. Saya telah memperkenalkan Sabily pada rakan-rakan, malu rasanya jika tidak dapat mengikuti perkembangan majalah ini dan menceritakannya pada rakan-rakan...

    ReplyDelete
  4. Waalaikomsalam, terima kasih atas pendapat saudara. Kami meminta maaf dengan kesilapan pemilihan warna itu. Insya'Allah dikeluaran yang akan datang kami akan lebih peka lagi. Terima kasih juga kerana mengembangkan penggunaan Sabily kepada rakan-rakan.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum... mohon kurangkan background hitam.. ini menjadi masalah ekonomi bagi saya untuk membuat versi cetakan.. sekian terima kasih...

    ReplyDelete
  6. Waalaikommussalam, Insya'Allah, akan dikurangkan pada keluaran yang akan datang...

    ReplyDelete
  7. mungkin boleh juga berikan dua versi, hitam putih dan versi warna?

    ReplyDelete
  8. Insya'Allah... terima kasih juga kerana memberi sokongan.

    ReplyDelete
  9. assalamu'alaikum. Terima kasih sudah usahakan sebuah informasi tentang Sabily Linux yang membuat saya semakin yakin akan kehebatan open source. Semoga Allah senantiasa memberikan kekuatan bagi Anda. Amin.
    (http://ilmuserangga.wordpress.com)

    ReplyDelete
  10. Waalaikomussalam, terima kasih kerana memberi sokongan. Buat masa ini kami masih kekurangan kakitangan, jadi keluarannya agak lambat pada isu-isu yang mendatang. Ya, semoga Allah memberi kekuatan dan masa kepada kami untuk meneruskan penerbitan majalah ini..

    ReplyDelete